Kenaikan harga barangan dan makanan tidak hanya memberi kesan kepada pembeli, tetapi turut menyebabkan peniaga kecil berdepan tekanan.<br /><br />Peniaga sayur di Pasar Awam Banting, Selangor misalnya, ada yang terpaksa menanggung hutang.<br /><br />Keadaan ini berlaku dipercayai kerana jumlah pelanggan yang semakin berkurang sekali gus menyebabkan hasil jualan merosot.